Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hudud: Kelantan Harus Cari...

PETALING JAYA - Pertubuhan bukan kerajaan Islam, menyelar tindakan kerajaan Kelantan berhubung cadangan...

Semua Rakyat Johor Terima...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengagihkan bantuan 10 kilogram (kg) beras...

Perjanjian Air Kerajaan Pusat-Selangor...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberitahu perjanjian air membabitkan...

Haqiem ‘Amuk’ Dikritik Tak...

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli memberi penjelasan tindakannya membalas semula semua...

LATAR Buat Laporan Polis Mengenai Penampakan ‘Pocong’

PIHAK konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) hari ini mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasmi mereka mengatakan telah membuat laporan polis berhubung isu penampakan ‘pocong’ palsu di lebuhraya itu semalam.

Menurut mereka, objek itu sengaja diletakkan oleh individu tidak bertanggungjawab tanpa diketahui niat sebenar perbuatan tersebut dilakukan.

Gempar.. ‘Pocong’ Muncul Dekat Highway LATAR

Satu laporan polis telah dibuat bagi mengesan dan menjejaki individu yang bertanggungjawab mencetuskan kekecohan tersebut.

Selain itu, LATAR memaklumkan mereka akan sentiasa membuat pemantauan di sepanjang lebuhraya tersebut dan bekerjasama dengan pihak polis demi keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya.

LATAR menentang sekeras-kerasnya perbuatan sebegini kerana ia dianggap keterlaluan dan boleh membahayakan keselamatan para pengguna.

latar


latar1

Semalam, Mynewshub melaporkan seorang pengguna LATAR gempar dengan penemuan objek seakan pocong terbaring di atas lebuhraya.

Menurut saksi, penemuan lembaga berbentuk mayat berkafan itu ditemuinya kira-kira pukul 10 malam ketika dalam perjalanan ke Kuala Selangor.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori