Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Azizulhasni Keluh Di FB...

MESKIPUN ceria di Sukan Olimpik 2016, jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap...

Allahyarham Ja’afar Onn Wira...

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan...

Pencuri Hebat Didakwa Kali...

London - Pencuri paling hebat Britain dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 semalam...

Husam Musa Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa hari ini mengangkat...

Lawatan Ulama Dari Negara Jiran Bantu Semarak Syiar Islam Di Sabah

TAWAU – Kedatangan ulama dan ilmuwan Islam dari negara jiran termasuk Indonesia ke Sabah banyak membantu menyemarakkan syiar Islam di negeri ini, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata kedatangan mereka memberi banyak kesan positif sehingga tertubuhnya institusi pendidikan agama yang akhirnya melahirkan anak muda yang lengkap dengan ilmu agama.

“Kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan ulama-ulama dan ilmuwan kerana ia bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi mengingat kembali perjuangan menyebarkan Islam yang telah dilakukan pada masa dahulu,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam muhibbah bersempena lawatan Anggota Jawatankuasa Yayasan Pondok Pesantren Buya Hamka Maninjau Sumatra ke daerah ini malam tadi.

Tawfiq juga berharap hubungan silaturahim yang terjalin dapat terus dieratkan dan dipertahankan agar Islam terus dapat dikembangkan dengan lebih meluas.


Sementara itu, Ketua Umum Yayasan Pondok Pesantren Buya Hamka Maninjau Sumatra, Bachtiar Bakar dalam ucapan balasnya berkata kedatangan mereka adalah untuk menyemarak serta mengutuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin.

“Ukhwah yang terjalin perlu dikukuhkan agar Islam terus berkembang seiring dengan peredaran zaman dan perjuangan ulama terdahulu yang gigih merantau tidak terhenti setakat itu,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat, dan Anggota Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori