Afrika Selatan – Akibat cembura buta, seorang suami bertindak ganas dengan meletakkan gam gajah atau superglue di kemaluan isterinya, selepas menuduh wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan bapa saudaranya.
Lelaki bermata hijau itu menjadi obses dengan idea bahawa isterinya yang berusia 40 tahun itu meniduri bapa saudaranya, selepas lelaki itu menghantar wanita terbabit pulang ke rumah.
Bagi membalas dendam, dia mengunci isterinya di dalam bilik tidurnya sebelum memaksa wanita itu berbogel. Pada masa sama dia menghalakan parang ke arah wanita terbabit.
Dia mengancam akan menetak wanita itu jika tidak mengikut arahannya.
 “Sebelum ini dia pernah cuba menetak tangan saya, menyebabkan saya takut lalu terpaksa mengikut kata-katanya.
 “Dia mengarahkan saya membuka renggangan kaki dan kemudiannya meletakkan gam berkenaan di alat sulit saya,’’ kata wanita terbabit.
Meskipun wanita itu menjerit dan merayu suaminya menghentikan perbuatan berkenaan, namun ia gagal.
Wanita itu kemudiannya terpaksa membuang gam tersebut. Dia kini tidak mungkin dapat melakukan hubungan seks lagi dan turut mengalami kesakitan yang amat sangat.
Biarpun wanita itu mahu lelaki berkenaan ditangkap, namun dia takut membuat laporan polis.
“Suami saya sudah melarikan diri. Saya bimbang dia akan kembali dan memotong kepala saya,’’ katanya.- MYNEWSHUB.CC
VIDEO UNTUK KES BERASINGAN DARIPADA DI ATAS
https://youtu.be/5G5geokZ_2I