KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan di Tanjung Lumpur dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek yang berusia 20-an itu ditahan ketika sedang menunggang motosikal dari arah bandar Kuantan menghala Peramu pada pukul 12.30 tengah hari.
“Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan itu ditahan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ( BPJKK ) IPD Kuantan yang kebetulan bertugas di situ.
“Hasil pemeriksaan ke atasnya, polis menemui sejumlah dadah di dalam salah satu poket seluar suspek,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata ujian saringan air kencing juga mendapati suspek itu positif dadah.
Abdul Aziz berkata suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=wqsFGQ9CH0Y