Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skuad Harimau Malaya Tunai...

Biarpun tanggungjawab menggalas cabaran negara menghadapi Thailand pada perlawanan akhir kedua Piala AFF...

Perbincangan Dengan Mahathir Tak...

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan...

NBOS: Kad Diskaun 1Malaysia

KUALA LUMPUR - Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC) dihasilkan bertitik tolak daripada pewujudan program...

Hati-Hati Beli Suplemen Kesihatan...

BESUT - Ibu bapa perlu memastikan makanan kesihatan yang diberi kepada anak mereka...

Gembira Isteri Dapat Kerja, Lelaki Jalan 270KM Bayar Nazar

Bengkulu – Sebagai memenuhi nazarnya, Seno Agritinus Malvin akan berjalan sejauh 270 kilometer sebagai membayar nazar selepas isterinya berjaya diterima sebagai kakitangan awam tanpa perlu menyuap sesiapa.

Keputusan penerimaan Rika Aplena, 26, menjadi kakitangan kerajaan dimaklumkan kepada pasangan suami isteri itu semalam.

Seno, 26, adalah graduan lepasan Fakulti Pertanian Universiti Bengkulu.

Dia memulakan langkah pertamanya kira-kira jam 9 pagi berbekalkan pakaian dan sedikit makanan.

Tidak ketinggalan, surat kebenaran daripada polis.

Dari Bengkulu, Seno akan berjalan menuju daerah Mukomuko.

Kata Seno, dia hanya akan berjalan pada waktu siang saja dan menjangkakan misi itu dapat disempurnakan dalam tempoh 10 hari.


“Nazar saya ini adalah tanda kesyukuran, selain menyokong amalan pengambilan kakitangan kerajaan tanpa membabitkan amalan rasuah,” katanya.

Menurut Seno, sebelum ini orang ramai percaya untuk lulus ujian temu duga, seseorang perlu menyuap pihak yang berkenaan sehingga Rp200 juta (RM56,365).

Sementara itu, Rika berkata, dia dan anak tunggal mereka juga akan menyertai perjalanan itu, tetapi menaiki kereta.

“Kami akan memantau perjalanan Seno supaya semuanya selamat.

“Saya sendiri menggalakkan dia segera melunaskan nazar itu secepat mungkin,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori