WALES – Satu video yang mengejutkan dan menjijikkan telah dimuat naik memaparkan seorang lelaki mengerat jari sendiri di hadapan rakan-rakannya.
Ia juga menyebabkan polis terpaksa memberi amaran bahawa perbuatan berkenaan bakal mencetuskan kegilaan ramai dan mungkin akan ada yang meniru.
Dalam rakaman tersebut, sekumpulan lelaki mengelilingi lelaki yang dipercayai berasal dari Llanelli, yang terletak di Wales.
Selepas dia memotong jarinya, lelaki itu meminta pembalut dan kemudiannya menyatakan bahawa dia akan membuat keuntungan melalui filem tersebut.
Setakat ini 250,000 orang sudah menontonnya sejak ia dimuat naik dalam internet.
Insiden ini dipercayai berlaku beberapa tahun lalu tapi hanya dimuatnaik baru-baru ini.
Dalam pada itu, polis memaklumkan mereka telah menyoal orang ramai yang terlibat dalam video tersebut dan memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan.
“Inkuiri yang dijalankan terhadap insiden ini tidak menemui sebarang kesalahan.
“Bagaimanapun visual ini amat mengganggu dan kami meminta orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam aktiviti berbahaya ini,’’ kata jurucakap polis.
– MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/IqTmtGghJs8