Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Dipukul Polis Kerana...

SATU video rakaman yang memaparkan bagaimana beberapa anggota polis memukul seorang gadis pada...

KKM Nafi Hospital Serdang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya Hospital...

Bayar Yuran Belajar Memandu...

BAYAR yuran belajar memandu dengan perkhidmatan seks? Adakah ini benar atau gurauan semata-mata? Ya,...

Kebakaran Di Wakaf Mek...

KOTA BHARU - Siasatan awal kebakaran di Wakaf Mek Zainab yang memusnahkan 20...

Lelaki Maut, Rakan Parah Kereta Rempuh Pokok

Kota Kinabalu – Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah apabila kenderaan dinaiki mereka terputus dua selepas merempuh pokok di Jalan Pintas Hospital Queen Elizabeth (HQE) berhampiran Kampung Kampung Kopungit, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, penumpang hadapan, Mokthar Mustari, 20, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi termasuk pemandu parah dan dikejarkan ke HQE untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama dua rakannya itu dari arah bandar raya menuju Kepayan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh pokok menyebabkan kenderaan remuk teruk.


“Penumpang hadapan yang tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu terpelanting keluar dari kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=1sxFECdRyEc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori