CHINA – Bermain video game selama 19 jam tanpa henti dikatakan punca seorang lelaki, Wu Tai, 24, batuk darah lalu meninggal dunia di sebuah kafe siber di Shanghai.
Ketika itu, dia sedang bermain World Of Warcraft, iaitu salah satu permainan yang baru dimuatnaik.
Meskipun ketika itu dia batuk-batuk dan wajahnya juga menjadi pucat, namun Wu Tai tetap meneruskan permainan.
Menurut seorang lelaki, Hsin Lo, yang turut bermain game di sebelah Wu Tai, dia mendengar bunyi lelaki itu yang duduk di sebelahnya, seolah-seolah seperti sukar bernafas.
“Apabila saya melihatnya, dia kelihatan pucat dan tidak selesa.
“Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan dan saya dapat melihat darah pada sapu tangan berkenaan,’’ kata Hsin Lo.
Hsin Lo kemudiannya bertanyakan keadaan Wu Tai namun lelaki itu menegaskan bahawa dia sihat dan meneruskan permainan.
Pada masa sama, orang ramai yang berada di situ berasa bimbang dengan keadaan Wu Tai yang dilihat kelihatan uzur, lalu mereka menghubungi ambulans.
“Ketika itu juga kawan saya memanggil staf di situ, namun apabila ambulans tiba, Wu Tai sudah meninggal dunia,’’ kata Hsin Lo.
Polis memaklumkan bedah siasat akan dijalankan terhadap Wu Tai bagi mengetahui punca kematiannya.
– MYNEWSHUB.cc