Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Tiba Untuk Lawatan...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan...

Tiga Kereta Tesla Tersadai...

BEIJING : Tiga buah kereta Tesla Roadster 2010 yang belum pernah digunakan akan...

Kedah Mahu Bantuan Thai...

KUALA NERANG - Kerajaan negeri menimbang untuk meminta kerjasama daripada pihak Thailand bagi...

Kira-Kira 5,000 Guru KAFA...

PUTRAJAYA - Kira-kira 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mempunyai...

Lelaki Seludup Isteri Dalam Bagasi Untuk Masuk Ke EU

TERESPOL, Poland – Seorang lelaki Perancis cuba menyeludup isterinya yang merupakan warga Rusia masuk ke Kesatuan Eropah (EU) dengan menyembunyikan wanita berkenaan di dalam sebuah beg besar tanpa menyedari komplot mirip filem James Bond itu tidak diperlukan.

Pengawal sempadan Poland menahan lelaki berusia dalam lingku­ngan 60-an itu pada Jumaat lalu di Stesen Kereta Api Terespol, di sini.

“Kami melakukan pemeriksaan selepas saiz beg pakaiannya me­nimbulkan rasa curiga pegawai bertugas, jelas jurucakap pengawal sempadan, Dariusz Sienicki.

“Anggota-anggota kami terkejut menemui seorang wanita dalam lingkungan 30-an di dalam beg itu. Dia merupakan isteri lelaki tersebut. Wanita itu masih hidup, sihat dan tidak memerlukan bantuan perubatan,” katanya.


Menurut Sienicki, lelaki itu tidak mengetahui bahawa isterinya boleh memasuki negara EU. Pasangan bukan dari kalangan warga EU dibenarkan memasuki blok berkenaan jika mereka boleh membuktikan ikatan perkahwinan yang sah.

“Mereka berdepan risiko penjara tiga tahun kerana cuba mengelakkan kawalan sempadan. Jika wanita itu duduk di sebelah suaminya, dia boleh meneruskan perjalanan tanpa sebarang masalah.

“Ini kali pertama saya melihat seseorang melakukan perjalanan seperti ini. Dia mungkin disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia,” jelas Sienicki. Menurutnya, pasangan yang menaiki kereta api dari Moscow ke bandar Nice di Perancis itu kemudian dilepaskan selepas disoal siasat. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori