Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RUU Antilompat: UMNO Mungkin...

Umno tidak menolak kemungkinan akan meminda perlembagaan parti sekali lagi bagi memastikan ia...

UMNO Kuantan Fokus Pengundi...

KUANTAN - UMNO Bahagian Kuantan memberi tumpuan pada pengundi dan keupayaan jentera pilihan...

Penjawat Awam Kini Dipaksa...

BONGKAR... Jika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, ramai penjawat awam secara...

Undang-Undang Khusus Kebajikan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka undang-undang dan peraturan khas bagi melindungi hak...

Lewis Hamilton Serta Program PAAY Petronas Di Melaka

PETRONAS hari ini memulakan program pertama untuk belia bagi 2015 iaitu “Petronas All About Youth’ (PAAY) di Melaka menerusi kem melibatkan 340 pelajar sekolah menengah di Melaka dan Pagoh, Johor.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas, Liz Kamaruddin berkata pada kem itu, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menggalakkan kepimpinan dan kerja berpasukan.

“PAAY merupakan inisiatif berobjektif untuk memperkasakan semua peserta untuk menjadi belia serba boleh dan seterusnya menjadi inspirasi kepada rakan sebaya dalam menyumbang kepada menjadikan negara tempat tinggal lebih baik.

“Kami dapat melihat pelbagai idea bernas dikemukakan pada program ini yang bermula di Terengganu diikuti di Sabah dan Sarawak tahun lepas dan kami gembira kerana program berjaya diperluaskan ke tiga lagi negeri iaitu Melaka, Johor dan Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


PAAY merupakan pertandingan diperkenalkan oleh Petronas pada 2014 bertujuan memupuk bakat dan kemahiran kepimpinan menerusi projek dalam bidang pendidikan, komuniti, kesejahteraan dan alam sekitar.

Kem sehari itu turut menyaksikan penampilan istimewa pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One, Lewis Hamilton yang menyertai pelajar untuk membina menara menggunakan surat khabar dan alat tulis.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori