INGAT lagi tak dengan kisah seorang peserta program realiti X-Factor New Zealand, Joe Irvine yang dibuli dua juri rancangan tersebut yang juga merupakan pasangan suami isteri.
Kritikan Paling Tak Masuk Akal.. Juri Program Realiti Dipecat
Selepas insiden tersebut, kedua-dua juri itu sudah pun disingkirkan selepas menerima kecaman hebat daripada penonton setia program tersebut.
Menunjukkan keprihatinan dan tanda sokongannya terhadap mangsa buli itu, penyanyi tanah Kiwi, Lorde menghadiahkan beberapa kek cawan atau cupcakes bagi mengubati hati Joe yang mungkin terguris dengan komen tidak ‘bertauliah’ kedua-dua juri terbabit.
Menulis ucapan, “Hi Joe, saya nak sampaikan yang diri anda mempunyai semangat positif. Saya merasakan anda sudah buat yang terbaik dalam rancangan tersebut. Sebagai seorang penghibur, saya nak pesan, tak kira sejauh mana orang ketawakan saya dari segi saya berpakaian atau beraksi di atas pentas, saya hanya menjadi diri saya yang sebenar dan itulah yang paling penting sekali. Semoga berjaya di luar sana, Lorde”.
Terharu dengan sokongan penyanyi yang terkenal dengan lagu Royals dan Team itu, Joe kemudiannya terus memuat naik gambar hadiah cupcakes serta ucapan yang dikirimkan Lorde kepadanya di laman Twitter. – MYNEWSHUB.CC