Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

24 Peratus Keluar Mengundi...

PUTRAJAYA - Peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi sangat baik dengan 24 peratus...

Musa Aman Lancar Promosi...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini melancarkan promosi...

Rekod Baru Dunia Pecah...

VISOKO (Bosnia) - Seorang juara muda taekwondo memecahkan 111 blok bata dengan kepalanya...

MHO Gesa Hentikan Pencerobohan...

PETALING JAYA : Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa dan memberikan tekanan...

Luahan Hati 2 Wanita – Si Perampas Bahagia, Si Isteri Reda

DUA situasi berbeza dihadapi dua wanita berbeza, namun berpunca dari seorang lelaki sama. Itu merupakan kesimpulan mudah yang boleh diberikan terhadap kisah ini.

Melalui medium Facebook, perasaan hiba dan pasrah dikongsikan seorang isteri apabila dia ditinggalkan oleh si suami yang sudah memiliki cinta baru.

BERKAITAN: Kaka Dicop Perampas… Punca Tasha Shilla Putus Cinta?

Yang panasnya, cara sama juga digunakan ‘pihak lawan’ yakni si perampas untuk melampiaskan rasa megah berjaya mendapatkan lelaki berkenaan.

Senang cakap, dia memang berbangga kerana berjaya meruntuhkan perkahwinan pasangan terbabit, lantas memiliki lelaki berkenaan. Adoi, bikin panas betul!

rampas 1 (1)

Melalui satu entri, si perampas yang cuma dikenali sebagai Shikin tegar menulis bahawa kemenangan berpihak kepadanya kerana sang kekasih akhirnya menceraikan isterinya dengan talak satu.

Sekarang dia sudah jadi milik aku sepenuhnya… Sebab dia dah ceraikan isteri dia talak satu. Akhirnya aku menang… Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik.”

Amboi, sudahlah meruntuhkan ‘masjid’, sedap pula mulut dia cakap si isteri itu tidak cantik!

Bukan itu sahaja, melalui satu posting lain, perempuan itu bangga menguar-uarkan bahawa kekasihnya itu ternyata lebih sayangkan dia hingga sanggup menceraikan isteri.

rampas 2 (1)

Tulisnya, “Salahkah aku mencintai suami orang, sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku.”

Alahai, bimbo betul! Kalau dia boleh ceraikan isteri sendiri, apatah lagi awak pun boleh ditinggalkan begitu sahaja. Orang cakap, habis manis sepah dibuang…


rampas 4 (1)

Di pihak si isteri pula, dia meluahkan perasaannya di ruang komen bahawa dia akan tetap mencintai suaminya dan tidak menyimpan dendam terhadap wanita yang menjadi pihak ketiga.

“Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu, seperti 13 yang lalu. Pada kamu Sikin aku tak dendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir.”

“Aku yakin Allah ada bersama aku.”

rampas 3 (1)

Respect betul lah dengan luahan wanita tersebut yang mampu lagi bersabar walaupun diduga.

Buat wanita ketiga dan lelaki berkenaan ingatlah, langit tak selalu cerah dan tak selamanya mendung. Suatu hari nanti, yang di bawah akan berada di atas dan yang di atas pastinya turun ke bawah.

Tak sabar rasanya nak tunggu status Facebook si perampas selepas ditinggalkan kekasih hati!

– MYNEWSHUB.CC

Video Amatur – Bergaduh Berebut Lelaki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori