Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Kesan Brek Di...

SHAH ALAM - Polis memaklumkan siasatan pihaknya tidak menemukan sebarang kesan brek di...

Dewan Perniagaan Cina Sokong...

KUALA LUMPUR - Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor (DPCKLS) memuji keberanian...

Vokalis Coldplay Berpuasa Seminggu...

VOKALIS band Coldplay, Chris Martin mendedahkan dia mengamalkan berpuasa seminggu sekali bagi meningkatkan...

Jalin Kerjasama Tangani Kes...

PUTRAJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka...

Bekas Ahli PKR: Hentikan Lakonanmu Sekeluarga, Azizah!

MUNGKIN muak sudah terlalu banyak disogok dengan drama politik oleh keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada pihak mula buka mata dan sedar akan agenda mereka yang sebenar.

Dalam satu entri dimuatnaik seorang pengguna Facebook, dia menghamburkan luahan hatinya terhadap cemuhan dilontarkan ahli keluarga Anwar terutama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar terhadap kerajaan.

CANYL0bUIAAZ43h (4)

Jelak mendengar retorik mereka tentang kehidupan mewah golongan pemerintah, individu menggunakan nama Nordin Ahmad itu menulis;

“Hakikatnya, kamu anak-beranaklah yang hidup dalam kemewahan. Berapa pengawal keselamatan sentiasa bersama kamu laki bini? Lagak umpama PM. Berapa kerap kamu laki bini keluar negara dengan kebanyakkannya menggunakan jet peribadi?”

[BERKAITAN: Nurul Izzah Bercadang Nak Saman PDRM]

“Berapa kerap kamu turun kebawah melawat atau bertanyakan masalah yang rakyat hadapi? Banjir yang kerap berlaku di Kajang, di manakah kamu? Banjir besar yang melanda pantai timur baru-baru ini di manakah kami laki bini?

[BACA INI: Anwar Kongsi Simpati Mangsa Banjir Dari Uk Jerr!]

AnwarVSkhalid_L_140305-650x350-600x350

“Gara-gara nafsu besar kamu anak beranak untuk berkuasa, sanggup kamu tendang seorang yang jujur dengan rakyat Selangor dari kerusi MB. Bersikap biadab kamu laki bini terhadap Tuanku Sultan Selangor gara-gara cita-cita kamu laki bini tak dapat menjadi MB.”

Si penulis yang merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Keadilan turut berkata, Anwar dan keluargnya telah menggunakan rakyat apabila tiba saat genting seperti sekarang.


nurul-izzah-tmi-030715.jpg

“Kesimpulannya, kamu anak beranak menggunakan rakyat bila keluarga kamu dalam kesusahan seperti apa yang berlaku sekarang ini akibat dari perbuatan suami kamu yang kamu sendiri mengetahuinya, dan aku berani katakan yang kamu turut bersubahat sama. Hakikatnya parti PKR yang kamu menjadi Presidennya, hanya berjuang untuk kepentingan kamu anak beranak.”

Nah! Sama-sama kita renungkan benarkah wujud atau tidak amalan nepotisme oleh Anwar anak beranak?

Tak perlu mengiyakan atau menidakkan pendapat yang dikongsikan Nordin Ahmad dahulu, tapi renung-renungkanlah…

Orang cakap lain kali kalau nak menuduh, ada baiknya pandang cermin dahulu. Bukan apa, takut ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’.

– MYNEWSHUB.CC

Banjir – Di Mana Anwar Dan Guan Eng?

https://www.youtube.com/watch?v=n3RKF-meXkQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori