Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jarak 7.82 M ‘Terbangkan’...

KUALA LUMPUR - Impian untuk mewakili negara ke Sukan Asia 2018 semakin cerah...

JKDM Giat Laksana Usaha...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan usaha untuk mengecilkan jurang...

Pelawak California Mempunyai Lidah...

(Monterey) - Nick Stoeberl, 22, artis dan pelawak dari bandar di California ini...

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja...

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok.Menurut sumber,...

MAEPS Bakal Jadi Tarikan Baharu Agropelancongan

PUTRAJAYA – Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang bakal menjadi lokasi tumpuan terbaharu bagi tarikan sektor agropelancongan negara dengan pembukaan laman pertanian dan pavilion negeri-negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sedang berunding dengan pihak berkenaan termasuk dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta wakil setiap negeri.

“Kita masih di peringkat perbincangan termasuk hal berkaitan peranan negeri-negeri dan sumbangan yang diperlukan untuk mempromosi pavilion di negeri masing-masing,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Agropelancongan 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata laman pertanian akan dibuka setiap hari mulai bulan depan manakala pavilion negeri, yang mempromosikan budaya negeri masing-masing pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dibuka dalam masa tiga bulan lagi.

Sebagai contoh, katanya Sarawak bukan sahaja mempromosikan makanan seperti di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (MAHA), malah melibatkan persembahan kebudayaan mereka.


Ismail Sabri berkata sektor pelancongan negara berkaitan alam sekitar termasuk agropelancongan mempunyai potensi yang sangat besar kerana ia menjadi tarikan kepada masyarakat luar terutamanya dari Eropah, Jepun dan Asia.

“Malah, Singapura juga mempunyai silibus berkaitan pelancongan dalam sistem pendidikan mereka.

“Namun, seperti diketahui, mereka tidak mempunyai tempat seperti yang ada di negara ini seperti dusun buah-buahan, ikan dalam sangkar,”katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori