Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiga Lelaki Disyaki Penculik...

SEMPORNA - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun akan mengadakan sidang akhbar...

Syatilla Melvin Kecewa Guna...

AKTRES cantik jelita yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Shaheizy Sam pada 8...

Zulkifli Ingatkan Pendakwah Selebriti...

SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr...

“Mak Bapak Saya OKU...

GAMBAR seorang pemilik kereta jenis Perodua Myvi yang meletakkan pada petak parkir khas...

Mahkamah Itali Sahkan Pembebasan Berlusconi

ROME – Mahkamah rayuan di sini mengesahkan pembebasan Silvio Berlusconi daripada tuduhan membayar untuk mendapatkan layanan seks dengan seorang penari bawah umur dan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk menutup kes itu.

Selepas berhujah selama sembilan jam, hakim Mahkamah Rayuan membacakan keputusan bagi mengakhiri kes panjang yang tertumpu kepada kehadiran jutawan media itu dalam parti seks “bunga bunga”.

Keputusan mahkamah itu membolehkan Berlusconi, 78, untuk meneruskan pembabitannya dalam politik di Itali.

Berlusconi baharu menamatkan khidmat komuniti atas dakwaan penipuan cukai dan masih dituduh dalam beberapa kes lain.

Bagaimanapun, itu semua tidak berupaya untuk menghalangnya untuk kembali ke kancah politik dan mengetuai barisan pembangkang untuk menyekat rancangan Perdana Menteri, Matteo Renzi bagi mengubah cara pemerintahan negara berkenaan.

Keputusan mahkamah itu diumumkan selepas perbicaraan yang menyaksikan pendakwa raya kanan menyifatkan Berlusconi mempunyai “keghairahan tinggi” terhadap remaja perempuan.


Berlusconi didapati bersalah pada 2013 dalam banyak tuduhan berat sepanjang kerjayanya yang dicemari skandal dan dibebaskan selepas membuat rayuan setahun selepas itu.

Hukuman tujuh tahun penjara yang diketepikan dan penggantungan seumur hidup daripada memegang jawatan kerajaan menyebabkan pendakwa raya membuat rayuan ulangan kepada mahkamah.

Selepas tiga jam setengah perbicaraan, hakim kemudiannya mengambil masa sembilan jam untuk membuat keputusan.

Jutawan itu mempunyai empayar perniagaan termasuk kelab bola sepak AC Milan, pada sepanjang masa menafikan dirinya membayar untuk mendapatkan layanan seks daripada penari berusia 17 tahun, Karima El-Mahroug yang lebih dikenali dengan nama “Ruby the heart stealer.” – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori