Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

71% Ahli KWSP Tak...

Sebanyak 71 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) aktif yang berumur 55...

Rasuah Sultan Johor: Reman...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh reman seorang ahli perniagaan bergelar...

Tempoh 28 Hari Tahanan...

KUALA LUMPUR - Tempoh penahanan maksimum 28 hari dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah...

Sebutan Kes Rasuah Lim...

KUALA LUMPUR - Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan...

Mahkamah Tetapkan Jumaat Dengar Permohonan Anwar

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Jumaat untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang menolak permohonannya untuk menghadiri mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir 9 April ini.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara serta peguam Latheefa Koya yang mewakli Anwar.

Pada 18 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan permohonan itu dan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama dan kedua.

Menerusi afidavit sokongan, Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh mendakwa bahawa beliau masih seorang anggota Dewan Rakyat dan Ketua Pembangkang memandangkan petisyen pengampunan yang dipohon kepada Yang di-Pertuan Agong masih belum diputuskan.

Beliau mengemukakan permohonan pengampunan untuk pembebasan itu pada 24 Feb lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Anwar mendakwa keputusan kedua-dua responden yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat tersebut adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Beliau memohon satu perintah bahawa keputusan Komisioner Jeneral Penjara bertarikh 4 Mac lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibatalkan melalui satu perintah certiorari.

Turut dipohon ialah perintah berbentuk mandamus yang mewajibkan Komisioner Jeneral Penjara membenarkan Anwar menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 9 Mac hingga 9 April dan satu deklarasi bahawa Anwar berhak menghadiri sidang tersebut.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori