Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Peneraju Strategi Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Malaysia muncul sebagai sebuah daripada negara yang paling progresif dalam...

Pemberian Elaun Kritikal Bomba...

IPOH - Pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota Jabatan Bomba dan...

HFMD: 180 Taska, Tadika...

SHAH ALAM - Sebanyak 180 taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak harian ditutup...

Raus, Zulkefli Hantar Surat...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan...

Puteri Najib Selamat Bernikah Malam Tadi

PUTRAJAYA – Majlis akad nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev selamat disempurnakan di Seri Perdana, malam tadi.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyempurnakan sendiri akad nikah itu. Daniyar melafazkan akad nikah itu sekali dalam Bahasa Malaysia.

Daniyar Kessikbayev dan Nooryana Najwa pada majlis akad nikah pernikahan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya malam tadi. - Foto BERNAMA
Daniyar Kessikbayev dan Nooryana Najwa pada majlis akad nikah pernikahan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya malam tadi. – Foto BERNAMA

Adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam, menjadi saksi akad nikah itu.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan berangkat ke majlis yang bermula jam 9 malam itu.

Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet juga hadir.

Turut bersama ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd Noah serta keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin.

Hadir sama isteri Naib Presiden Indonesia, Ibu Mufidah.

Sebelum akad, khutbah nikah dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr.Sirajuddin Suhaimi.


Takliq setelah selesai lafaz nikah dibacakan Daniyar di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat yang sebelum itu membacakan doa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai jurucakap mewakili keluarga pengantin perempuan, manakala jurucakap keluarga pengantin lelaki diwakili Tan Sri Dr Rais Yatim.

Selesai bersalaman dengan bapa mertua dan saksi, Daniyar yang berasal dari Kazakhstan kemudiannya menunaikan solat sunat.

Ini diikuti dengan upacara membatalkan wudhu’ dan menyarung cincin antara kedua-dua pengantin.

Upacara merenjis pasangan mempelai dimulakan oleh Rahah, diikuti anggota keluarga Daniyar termasuk ibunya, Maira Kurmangalieva dan disusuli Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Nooryana Najwa, 27, mengenali Daniyar, 27, ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori