Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemantau Rasuah Mahu ‘Pendedahan’...

Pemantau Rasuah Mahu 'Pendedahan' Edisi Siasat Disiasat. Yang nak siasat siapa di balik Edisi Siasat tu buat apa. Siasat la apa yang didedahkan. Apakah polis gentar?

Wanita ‘Berbuih Mulut’ Bergaduh...

BEIJING - Memang hebat tenaga dua wanita China ini apabila bergaduh mulut tanpa henti selama...

Negara Berhadapan Ancaman! –...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan negara sedang berhadapan dengan ancaman...

‘Homestay’ Makmal Proses Dadah...

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah yang menjadikan inap desa...

Malaysia Dijemput Saksi Pilihan Raya Presiden Uzbekistan

KUALA LUMPUR – Malaysia diberi penghargaan menghantar wakil untuk hadir dan menyaksikan perjalanan Pilihan Raya Presiden Uzbekistan pada 29 Mac ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodi berkata beliau bersama tiga orang anggota delegasi akan mewakili negara bagi menghadiri pilihan raya kali ketiga Uzbekistan sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1991.

“Kita berasa dihormati apabila dijemput dan ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara yang sudah terjalin rapat sejak 1992,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Uzbekistan di Malaysia Murad Askarov di Blok Sementara, Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Murad turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara Parlimen kedua-dua negara.

Sophia Doris berkata berdasarkan hubungan baik kedua-dua negara, syarikat gas nasional, Petronas kini mempunyai pelaburan di Uzbekistan selain terdapat kira-kira 4,000 pelajar negara berkenaan melanjutkan pelajaran di Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori