Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengasas SMMG Ditahan Reman

SIASATAN berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membawa kepada penahanan pengasas...

Jenayah Kebencian Anti-Islam Di...

WASHINGTON – Jenayah kebencian anti-Islam meningkat 91 peratus pada separuh pertama tahun ini,...

Kisah ‘Rakyat Hakim Negara’

Pakatan Harapan (PH) gabungan parti politik paling hipokrit dalam sejarah politik Malaysia.Ikuti Mynewshub: TelegramMenuduh...

Caruman KWSP Hanya Untuk...

KUALA LUMPUR - Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang...

MAS Tidak Dapat Elak Berhentikan Kakitangannya

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan 6,000 kakitangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan sebaliknya perlu diteruskan, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

BERKAITAN: 6,000 Staf Terpaksa Digugur, Henti Ganggu Pelan Pemulihan MAS

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAS, telah melakukan penilaian menyeluruh secara teliti mengikut Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion bagi syarikat penerbangan negara itu dan keperluan mengecilkan tenaga kerjanya adalah sangat kritikal bagi pelan tersebut, katanya.

Ong berkata demikian bagi mengulas bantahan yang disuarakan dalam kalangan kesatuan sekerja MAS yang telah merayu kepada Khazanah dan kerajaan supaya mengabaikan tindakan pemberhentian pekerja besar-besaran yang melibatkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

“Kita tidak mampu untuk berada dalam zon selesa selama-lamanya. Jika kita katakan yang kita telah melakukan ini sejak beberapa tahun, jadi kenapa kita tidak boleh teruskannya. Jadi apakah pelan pemulihan atau perubahan yang kita bincangkan?,” katanya.

“Adakah kita mahu terjerumus dalam perangkap lama yang sama, iaitu berbentuk bantuan kewangan, kita mahu dijamin keluar oleh kerajaan dan adakah itu sahaja.

Justeru, sekarang kita perlu membuat pilihan, apakah ia sekadar dijamin keluar semata-mata atau pemulihan yang tulen dan sangat bermakna bagi kelangsungan syarikat penerbangan negara.

“Saya rasa ini adalah dua perkara utama yang kita perlu putuskan secara muktamad dan tegas demi kepentingan negara,” katanya kepada Bernama.

Ong menekankan sejak awal lagi, semua maklum isu pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielak dan pertemuan yang mencukupi telah dibuat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan langkah pemberhentian kerja bukan menjadi satu isu sekarang.

“Langkah berikutnya selepas ini kemungkinan pemilihan pekerja yang sesuai, dan saya yakin keperluan mendapatkan bilangan pekerja yang sewajarnya bagi menepati bilangan tenaga kerja yang optimum dibincangkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielak syarikat penerbangan itu.

“Ini bermakna bukan Khazanah mahu sedaya upaya untuk pemberhentian kerja sementara atau pembuangan mana-mana kakitangan, tetapi demi kelangsungan MAS, sama ada kita mahu syarikat baharu iaitu MAS yang baharu terus wujud, terus beroperasi atau sebaliknya,” tambahnya.

Antara tujuan pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion itu adalah supaya syarikat penerbangan tersebut meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun, Khazanah telah menjadikan MAS sebagai syarikat persendirian tahun lepas.

Penstrukturan semula MAS turut melibatkan langkah pengecilan tenaga kerjanya.

Langkah penilaian pekerja yang menyeluruh telah diselesaikan pada awal Februari, melibatkan kira-kira 20,000 kakitangan dengan mengambil kira rekod prestasi, pengalaman, kelayakan, sifat tingkah laku, rekod disiplin, kecekapan, serta aspirasi untuk menyertai MAS NewCo.


Penilaian tersebut juga menyaksikan 500 eksekutif kanan MAS menjalani perbincangan selama tiga jam dengan perunding bebas.

Pusat Pembangunan Korporat yang dijangka memulakan operasi pada 1 April, 2015 akan menyediakan landasan dan peluang bagi penempatan luar serta latihan semula kakitangan MAS yang terlibat.

Pusat tersebut akan menyediakan pekerja yang diberhentikan dengan akses kepada perkhidmatan yang pelbagai, termasuk pemprofilan tenaga kerja, kaunseling kerjaya, latihan asas dan terperinci, kemahiran mencari kerja, keusahawanan, penempatan dan rancangan persaraan.

Langkah terbaru dalam penstrukturan semula syarikat itu adalah pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diawalkan daripada Julai kepada 1 Mei.

Hasrat itu membenarkan Mueller mengetuai usaha penstrukturan semula syarikat dan membolehkan masa yang tepat untuk peralihan kepada MAS NewCo, Malaysia Airlines Bhd.

Mengulas mengenai kenyataan kesatuan bahawa aset teras kepada syarikat penerbangan itu adalah “kemahiran, pengalaman dan kesanggupan kakitangan” dan tenaga kerja sewajarnya tidak dianggap sebagai komoditi, Ong mengulangi adalah sia-sia untuk bercakap mengenai sentimen pada masa ini kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan dan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan sewajarnya menjadi yang terakhir kepada MAS.

“Ini adalah soal hidup atau mati untuk syarikat itu. Anda mungkin memiliki kepakaran, bakat dan kesemuanya namun, jika tenaga kerja dianggap terlalu berlebihan, anda perlu kurangkannya demi kelangsungan dan ini adalah keputusan sukar yang perlu dibuat.

“Dalam hal ini, kita memberi jaminan 6,000 pekerja itu akan diberi kemahiran, dilatih dan ditugaskan semula. Ini bermakna mereka akan mendapat pekerjaan, kecuali mereka memilih untuk tidak menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

“Selain itu, kerajaan sewajarnya sedar mengenai beberapa faktor utama atas kegagalan kita menguruskan MAS.

“Kita bercakap dari masa ke semasa, perbelanjaan yang membazir, atau kontrak yang akan dianggap tidak kondusif kepada MAS, semua ini perlu dikaji semula. Semua ini telah diperkatakan.

“Sudah tentu tidak adil untuk menyatakan hanya 6,000 orang dijadikan alasan bagi kegagalan MAS,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori