Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Macau Scam Akibatkan Rugi...

PETALING JAYA - Sebanyak 228 kes yang berkait dengan penipuan “Macau Scam” dicatatkan...

Najib Hadir Solat Jumaat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jemaah...

4 Maut Kemalangan Di...

SEREMBAN - Dua penunggang dan dua pembonceng motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan...

Piala AFF Suzuki: LRT...

KUALA LUMPUR – Orang ramai disaran menggunakan LRT ke Stadium Nasional Bukit Jalil...

Mayat Berkopiah Ditutup Selimut Ditemui Di Teluk Bahang

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah, Hin berkata mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada jam 10.47 pagi.

“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori