Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cederakan Pelajar Junior, 9...

Teluk Intan : Sembilan pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan di...

Tune Hotel Buka Hotel...

KUALA LUMPUR - Tune Hotels telah membuka hotelnya yang keenam di United Kingdom...

Indonesia Mahu Dangdut Jadi...

JAKARTA : Kementerian Pariwisata Ekonomi dan Kreatif Indonesia sedang berusaha menjadikan dangdut sebagai...

3 Lagi Pati Lemas...

Kota Tinggi : Tiga lagi mangsa lemas ditemui, manakala tiga lagi pendatang asing...

MB Jamin Rakyat, Kedaulatan Selangor Diutamakan

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kepentingan rakyat dan kedaulatan negeri Selangor akan diutamakan dan dipastikan terjamin dalam perjanjian penstrukturan air di negeri ini.

Beliau berkata, komitmen itu selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu dimuktamadkan segera.

“Saya dah nyatakan berulang kali bahawa kami komited untuk memuktamadkan perjanjian utama industri air di Selangor dengan syarat kerajaan pusat tidak berganjak daripada semangat dan prinsip dalam terma perjanjian yang telah ditandatangani.

“Dan ini ditegaskan sendiri oleh Sultan Selangor supaya kerajaan negeri memelihara kedaulatan negeri selangor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ke-13 oleh Sultan Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor pada majlis itu yang antara lain mahu perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri itu dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada 12 September 2014.


Katanya, adalah menjadi prinsip kerajaan pakatan rakyat di Selangor selama ini untuk tidak mempolitikkan perjanjian air yang telah ditandatangani dan pihaknya akan berjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili bagi memuktamadkan syarat-syarat perjanjian secepat mungkin.

Mohamed Azmin sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan Selangor untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar beberapa terma Perjanjian Utama yang ditandatangani September tahun lepas.

Mengulas titah ucapan Sultan Selangor hari ini, Menteri Besar berkata baginda meletakkan satu gagasan penting untuk kerajaan negeri bagi meneruskan agenda pembangunan dan kemajuan di Selangor. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=7R5lbg4sOyI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori