Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sektor Swasta Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat perniagaan digesa bekerjasama secara kolektif dengan kerajaan bagi melaksanakan...

Running Man Dikritik Paksa...

RANCANGAN candawara nombor satu Korea, Running Man diselar oleh peminatnya gara-gara memaksa satu-satunya...

Parti Amanah Johor Didakwa...

JOHOR BAHRU - PAS Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan...

Isteri Hindu, Aamir Khan...

BINTANG Bollywood, Aamir Khan, 51, mengakui tidak berasa sepi walaupun terpaksa beraya tanpa...

MDHS Buka Permohonan Bazaar Ramadan 2015

KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan memulakan penjualan borang bagi orang ramai yang berminat menyertai Program Bazaar Ramadan Mampan pada 1 April ini.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Junainah Abdullah berkata, borang tersebut boleh dibeli di kaunter Bahagian Perlesenan MDHS dan keputusan akan diumumkan sebelum 30 April 2015.

“Sebanyak 650 petak bazaar ditawarkan di tujuh lokasi iaitu Jalan Meranti 2 Batang Kali (140 petak), Jalan Kantan Bukit Beruntung (200 petak), Taman Cempaka Serendah ( 50 petak), Bandar Sungai Buaya ( 40 petak), Jalan Seroja Bukit Sentosa (100 petak), Tapak Pasar Pagi Batang (60 petak) dan Taman Bahtera, Hulu Bernam (50 petak),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Junainah berkata, permohonan itu akan diutamakan kepada kepada penduduk tempatan dan jawatankuasa pemilihan akan membuat tapisan berdasarkan keperluan bagi tiap tiap lokasi Bazaar Ramadan Mampan 2015.

Menurutnya, hanya pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi cabutan undi.


Beliau dalam pada itu berkata, mulai tahun inim MDHS menerapkan konsep Sifar Sampah dengan hanya menyediakan tong roro dan tiada lagi kutipan sampah dan pembersihan di petak niaga.

“Setiap peniaga harus bertanggungjawab memastikan petak dibersihkan sendiri selaras dengan konsep inspektorat kendiri.

“Ini merupakan satu kaedah yang cuba Majlis terapkan dalam mendidik warga masyarakat bahawa kebersihan,” katanya.

Justeru, katanya, MDHS tidak akan melayan sebarang permohonan kutipan sampah kepada mana mana pihak yang menganjurkan sendiri bazaar Ramadan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori