Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Asing Dipuji Alih...

SINGAPURA - Sekumpulan pekerja asing yang bantu memindahkan sebuah kereta tersendat, dipuji netizen...

“Mulakan Petisyen Kalau Tak...

WALAUPUN sudah tiga hari pengumuman lagu yang layak berentap di pentas akhir Anugerah...

PRN Sarawak: SPR Siap...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia melaksanakan proses pengundian awal...

MH17 Mungkin Antara Tajuk...

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala...

Media Dilarang ‘Cover’ Majlis Nikah Sharifah Sakinah

SEBUT sahaja empunya nama Sharifah Sakinah pastinya ramai peminat hiburan mengetahui bintang sensasi itu bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menjelang beberapa hari lagi sebelum pernikahannya Sharifah Sakinah membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang liputan media dibuat pada hari dia dan bakal suami, Aliff Adha diijabkabulkan.

resize

Menurut Sakinah, dia dan pasangannya mahukan detik itu dilalui dengan tenang dalam majlis tertutup yang hanya dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan terjejas. Kalau boleh, saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu.


“Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga tiada masa untuk keluarga dan rakan yang datang. Saya tidak mahulah jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu dia tetap akan berkongsi hari bahagianya bersama pihak media pada majlis resepsi yang bertempat di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 4 April ini.

Sharifah Sakinah dan jejaka pilihan hatinya, Aliff Adha Jamil bakal disatukan pada 28 Mac ini.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori