Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tarif Air: Janganlah Tambah...

REMBAU - Kerajaan digesa supaya tidak melaksanakan kenaikan tarif air sebaliknya melihat kepada...

Hanis Zalikha Dan Hairul...

PASANGAN romantis yang juga pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sah bergelar suami...

TMJ Kritik Pemimpin Ibarat...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik sikap segelintir...

Barisan EXCO Johor Angkat...

MAJLIS angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu...

Mejar Zaidi Dapat Sumbangan Hampir 40K Dari Bersih 2.0

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja pada Januari lalu kerana melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera menerima sumbangan sebanyak RM38,209.41.

Pertubuhan propembangkang, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan media memberitahu, sumbangan itu diperoleh daripada orang ramai yang bersimpati dengan Zaidi.

“Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyerahkan cek berjumlah RM38,209.41 yang disumbangkan oleh orang ramai minggu lepas.
​
“Bersih 2.0 telah melancarkan kempen pengutipan dana untuk Zaidi yang dipecat daripada jawatannya pada 12 Januari 2015 lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Zaidi dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.


Mahkamah Tentera menilai secara keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan dengan mengambil kira penilaian maksimum dan mahkamah mendapati dengan hanya mendiamkan diri (di peringkat pembelaan) sudah cukup mensabitkan tertuduh bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori