MELAKA – Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan membuka Pusat Tahfiz Al-Quran di Alor Gajah bagi pengajian peringkat Diploma pada Mei depan.
Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md Amin berkata Pusat Tahfiz Saidina Ali itu akan bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.
“Sama ada ia tahfiz untuk pelajar perempuan atau lelaki belum kami putuskan lagi, tetapi kami berhasrat dan berminat untuk membukanya kepada pelajar perempuan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata MAIM dan JAKIM akan menawarkan biasiswa kepada para pelajar pusat tersebut dan buat permulaan, seramai 30 orang akan diambil.
– BERNAMA