Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Doktor Disaman Kerana Sindir...

Virginia – Ketika anda sedang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik bedah,...

Gunakan Segala Bantuan, Jadi...

KUALA LUMPUR - Golongan petani di negara ini perlu menggunakan segala peluang dan...

Liverpool Mahu Dapatkan Pemain...

LIVERPOOL berdepan kesulitan dalam memuktamadkan perjanjian bernilai £53 juta (RM283 juta) bagi mendapatkan...

Orang Asli Kuala Koh:...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyifatkan krisis kesihatan yang dihadapi masyarakat Orang Asli...

Melaka Sasar 15,014 Rumah Mampu Milik Dibina Menjelang 2018

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka menyasarkan 15,014 rumah mampu milik dibina di negeri ini menjelang 2018, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron hari ini.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN Melaka) rumah itu mesti memenuhi spesifikasi berdasarkan keperluan serta kemampuan rakyat Melaka iaitu berkeluasan 92.9 meter persegi dan berharga kurang RM150,000.

“Projek ini bakal mewujudkan kawasan kediaman yang menempatkan dan merealisasikan kelompok masyarakat yang mementingkan kehidupan yang sihat dan selamat serta persekitarannya berkonsep kehijauan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul ucapan terima kasih kepada ucapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena perasmian persidangan DUN Melaka di sini.


Idris berkata kerajaan negeri juga menetapkan kuota bumiputera bagi bangunan kediaman ialah 60 peratus manakala 40 peratus bangunan perniagaan bagi kawasan Parlimen di negeri ini, kecuali di Parlimen Kota Melaka yang ditetapkan pada 40 peratus kediaman dan 35 peratus perniagaan.

“Penetapan ini bagi memastikan golongan bumiputera tidak ketinggalan ketika Melaka mengejar arus kemajuan sekarang,” katanya.

Usul itu kemudian disokong Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori