Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Semak Daftar Pemilih Baharu...

KUALA LUMPUR – Semakan terhadap daftar pemilih baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14...

Tun M Jadi Bodoh...

BUAT julung kali dalam sejarah tanah air, tentera siber propembangkang 'senyap' melaporkan berita...

Lelaki Mati Dibunuh Di...

LUNDU – Seorang lelaki mati dipercayai dibunuh di kawasan sebuah ladang kelapa sawit...

Pas Saman DAP: Sepakat...

GEORGE TOWN - Pastinya inilah berita yang akan memudahkan ramai penyokong pakatan pembangkang...

Menteri Luar Ghana Melawat Malaysia, Perkukuh Hubungan

PUTRAJAYA – Hanna Serwaah Tetteh, Menteri Luar dan Integrasi Serantau Republik Ghana dijadual melakukan lawatan kerja ke Malaysia selama empat hari mulai Ahad.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai menteri berkenaan pada Februari 2013.

Ia akan memberi nafas baharu dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pendidikan.

Kedua-dua pihak dijangka turut membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa.


Beliau juga dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Selasa.

Selain itu Tetteh akan menghadiri mesyuarat dengan Putrajaya Holdings, melawat IRIS Corporation, bertemu pelabur berpotensi, menghadiri sesi penerangan mengenai Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan melancarkan Malaysia-Ghana Friendship Association (MAGHAFA).

Ghana merupakan rakan dagang Malaysia ketujuh terbesar di Afrika. Jumlah dagang antara Malaysia dan Ghana tahun lalu direkod pada RM1.6 bilion meliputi barangan seperti minyak sawit, koko, kekacang, minyak dan lemak sayuran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori