Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Dirogol Bergilir-Gilir Oleh...

SETIAP hari kita pasti akan dengar berita tentang kejadian rogol. Perbuatan kejam ini...

Jay Z Menduakan Beyonce...

WALAUPUN kedua-duanya sudah berumah tangga, namun baru-baru ini rapper popular, Jay Z digosipkan...

Banjir: Jumlah Mangsa Di...

PETALING JAYA – Seramai 68,368 mangsa banjir melibatkan 18,802 keluarga kini berada di...

Acer Liquid X2: Peranti...

Pengenalan telefon pintar dengan tiga-SIM bukan sesuatu yang baru untuk Acer.Hari ini, di...

Mesir Pecat 41 Hakim Sokong Morsi

KAHERAH – Sebuah mahkamah disiplin Mesir mengarahkan seramai 41 hakim supaya bersara wajib kelmarin kerana menyokong kumpulan Ikhwanulmuslimin, menurut sumber kehakiman.

Pemerintah bertindak keras ke atas kumpulan Islam dan seteru politik lain sejak Julai 2013 apabila ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menumbangkan Presiden Mohammed Morsi susulan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Majlis Disiplin yang diketuai Hakim Nabil Zaki tidak mendedahkan punca tindakan tersebut dilaksanakan tetapi sumber kehakiman memberitahu, seramai 31 hakim diperintahkan bersara kerana menandatangani satu kenyataan yang mengecam penggulingan Morsi.

“Sebanyak 10 hakim lagi diarah bersara kerana menyertai kumpulan Hakim Untuk Mesir yang menyokong Ikhwanulmuslimin sejak sebelum Morsi ditumbangkan,” kata sumber berkenaan.

Undang-undang Mesir melarang hakim daripada mencampuri politik tetapi kumpulan-kumpulan hak asasi manusia berkata, mahkamah disiplin itu menutup sebelah mata jika hakim secara terbuka menyokong Sisi.


Beliau dilantik sebagai Presiden Mesir pada tahun lalu.

“Keputusan ini mengejutkan dan ibarat pembunuhan beramai-ramai terhadap hakim,” kata seorang hakim yang dikenakan hukuman tersebut, Ahmed El-Khatib.

Dalam kejadian berasingan, pasukan keselamatan menangkap 63 pemimpin Ikhwanulmuslimin peringkat pertengahan kerana didakwa menyerang beberapa ibu pejabat polis dan menghasut orang ramai supaya melakukan keganasan.

“Seramai 13 penyokong Ikwanulmuslimin turut ditangkap kerana disyaki memiliki senjata api dan peluru,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan kelmarin. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori