Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu COVID-19 Melonjak...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kembali melonjak dan...

Terima Kasih PDRM Kawal...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua...

Polis Akan Mohon Sambung...

BANGI – Tempoh tahanan reman selama enam hari kesemua suspek utama tragedi kebakaran...

Fujimori Minta Ampun Dari...

LIMA - Bekas pemimpin Peru yang kini sakit, Alberto Fujimori, semalam meminta maaf...

Mesyuarat Fokus Pelan Kerja Lima Tahun AICHR

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) selama empat hari mulai hari ini akan memfokuskan agenda pelan kerja lima tahun AICHR (2016-2020).

Wakil Malaysia ke AICHR Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata pelan itu akan dibincangkan secara terperinci bagi memastikan perlindungan hak asasi manusia di negara-negara ASEAN.

“Mesyuarat ini amat mustahak dan intensif sebab kami harus menghasilkan pelan untuk lima tahun selewat-lewatnya bulan Jun atau Julai dan mengemukakan rancangan lima tahun itu kepada pihak atasan iaitu Kementerian Luar dan Sidang Kemuncak ASEAN.

“Ia akan memakan masa yang banyak (membabitkan 10 negara). Sebab itu kita adakan mesyuarat khas hanya untuk ini sahaja dengan memfokuskan pelan lima tahun,” katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Khas AICHR di sini.

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat kedua dalam siri mesyuarat AICHR di bawah kepengerusian Malaysia tahun ini.


Mesyuarat itu dianggap sebagai saluran penting bagi semua wakil AICHR membincangkan hala tuju AICHR dalam memastikan kesinambungan usaha promosi dan perlindungan hak asasi manusia di ASEAN seperti yang termaktub dalam terma rujukan AICHR.

Muhammad Shafee berkata mesyuarat kali ini akan turut menyentuh cadangan melaksanakan beberapa kajian antaranya peranan media dalam perkembangan hak asasi manusia dalam negara dan ASEAN.

“Selain itu segala rancangan yang tidak dapat dilaksanakan dalam pelan lima tahun pertama (2010-2015) juga akan dibawa dalam sesi ini. Contohnya perlindungan hak asasi manusia dan kajian dasar berkenaan undang-undang melibatkan hak asasi bagi setiap 10 negara ASEAN,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori