Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

20 Kes COVID-19 Dikesan...

JELI : Sebanyak 20 kes COVID-19 dikesan membabitkan mangsa banjir yang ditempatkan di...

Keluhan Peniaga Di Pasar...

LABUAN - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan keluhan peniaga di Pasar Besar Labuan...

Kisah Sebenar Kes Pelanggan...

Gara-gara terlalu lapar atau rakus sangat agaknya, seorang pelanggan membuka bungkusan Pizza Domino's...

RAM Ratings Unjur KDNK...

KUALA LUMPUR - RAM Ratings mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada...

MH370: Bapa Berasakan Sofuan Masih Hidup Tapi Disorok

BAPA kepada salah penumpang pesawat malang MH370, Ibrahim Abdul Razak, 77, mengatakan dia percaya anaknya masih selamat.

Justeru dia tidak pernah gagal menitipkan doa agar anaknya, Mohamad Sofuan kembali ke pangkuan keluarga.

“Sofuan tak pernah hilang dalam ingatan kami. Dia tak pi mana-mana pun. Sebab tu lah pakcik tak sedih, tak teriak (menangis).

“Pakcik sentiasa doa supaya Sofuan balik satu hari nanti… pakcik dan makcik akan tunggu walau selama manapun,” katanya, dalam satu laporan disiarkan mStar Online.

Ibrahim mengatakan nalurinya sebagai bapa kuat mengatakan anaknya itu masih selamat.

“Bagi pakcik, Sofuan hanya hilang atau dibawa ke satu tempat untuk disimpan dan disorokkan. Nak kata kapal terbang dia naik tu jatuh…tidak sama sekali sebab tak ada bukti.


“Kami sekeluarga sentiasa berdoa supaya dia sihat dan selalu ingat Allah,” katanya.

Mohd Sofuan merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang ditempatkan di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Beijing untuk tempoh enam bulan.

Sehingga kini usaha pencarian MH370 masih giat dijalankan namun menemui jalan buntu.

Pesawat itu bagaimanapun, sudah diisytiharkan mengalami kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, di mana kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah kehilangan nyawa dalam tragedi tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori