Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Satu Mayat Ditemukan, Seorang...

KOTA TINGGI: Satu lagi mayat lelaki dipercayai mangsa insiden bot karam Tanjung Balau,...

Wanita Terjebak Dadah Di...

KOTA BHARU - Bilangan wanita yang terjebak dengan gejala dadah di Kelantan semakin...

Ejen Hartanah Terlepas Hukuman...

PUTRAJAYA - Seorang ejen hartanah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari...

4 Jenis Senaman Terbaik...

MUNGKIN ramai di antara anda atau ahli keluarga yang menghidap penyakit asma bukan? Kebiasaannya...

Miliki Dadah Bagi Cukup Wang Hantaran

KULIM – Seorang pekerja kilang memberi alasan memiliki dadah bagi dijual untuk mencukupkan wang hantaran perkahwinannya esok.

Pemuda berusia 22 tahun ini ditahan di Jalan Tunku Mohd Asaad di sini pada pukul 1 pagi tadi setelah memiliki 12.81 gram syabu di satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata suspek yang menunggang motosikal didapati cuba mengelak sekatan itu menyebabkan pihak polis mengejarnya dan berjaya menahannya lebih 200 meter dari situ.

Beliau berkata dadah tersebut ditemui dalam kasut suspek yang juga seorang penagih.


Suspek kemudiannya memberitahu polis pihak pengantin prempuan meminta wang hantaran RM8,300, katanya.

Nampaknya hasrat pemuda ini untuk naik pelamin tidak kesampaian apabila dia direman sehingga Rabu ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori