Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Video: Bawa Mayat Abang...

GARA-GARA terlalu rindu, seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila gali kubur abangnya...

Adik Shafie Dipanggil SPRM,...

KOTA KINABALU - Setelah menyerbu rumah Hamid Apdal, adik bekas menteri Kabinet itu...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa...

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Anak Syarikat PUC Dapat...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat PUC Bhd, iaitu EPP Solution Sdn Bhd, penyedia...

Militia Syiah Tawan Lapangan Terbang

SANAA – Militia Syiah di Yemen menawan lapangan terbang di sebuah bandar utama semalam selepas kawalan keselamatan di lapangan terbang berkenaan merosot.

Perkembangan tersebut mendorong Washington memin­dahkan kakitangannya, manakala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar.

Majlis Keselamatan PBB dijadualkan bertemu lewat semalam selepas Presiden Abedrabbo Mansour Hadi minta campur tangan segera ketika kekacauan di negara berkenaan semakin teruk.

Beberapa serangan termasuk pengeboman oleh kumpulan militan Islamic Sate (IS) menyebabkan 142 orang terbunuh di sini pada Jumaat lalu.

Yemen dilanda huru-hara sejak beberapa bulan lalu dengan militia Syiah yang dikenali sebagai Huthis menawan bandar ini dan memaksa Hadi melarikan diri ke bandar Aden, selatan Yemen.

Negara Semenanjung Arab itu kini berpecah antara bahagian utara yang dikuasai militia Huthis yang disokong Iran dan selatan Yemen yang didominasi penyokong Hadi.


Militia Huthis dan sekutu mereka menawan lapangan terbang di bandar Taez yang terletak hanya 180 kilometer ke utara Aden semalam.

Sumber keselamatan membe­ritahu agensi berita AFP bahawa kira-kira 300 lelaki termasuk pejuang Huthi yang memakai seragam tentera dikerahkan di lapangan terbang berkenaan, manakala pasukan bantuan tiba dari bandar ini dari darat dan udara.

Pejuang yang bersekutu dengan militia Huthi termasuk anggota pasukan keselamatan pusat yang setia kepada bekas ­Presiden Ali Abdullah Saleh.

Saleh yang digulingkan pada awal 2012 selepas penentangan selama setahun didakwa bekerjama dengan puak Huthi untuk mengembalikan pengaruhnya.

Sumber tentera menyatakan askar-askar yang setia kepada Hadi dan pasukan separa tentera selatan Yemen telah dike­rahkan di wilayah Lahj, utara Aden untuk menyekat kemaraan militia Huthi. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori