Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Manusia Tertua Di Dunia...

AUSTIN, Texas - Manusia tertua di dunia, Gertrude Weaver meninggal dunia pada usia...

Filem Terbaru Shia LaBeouf...

FILEM terbaharu dibintangi aktor Shia LaBeouf, berjudul 'Man Down' mendapat sambutan yang mengejutkan...

3,000 Jawatan Kosong Di...

KUALA TERENGGANU - Terdapat kira-kira 3,000 jawatan kosong yang ditawarkan pada Karnival Jom...

11 Kaum Asli Di...

BOGOTA - Kira-kira 11 Orang Asli di Colombia maut dan 15 cedera akibat...

Miss Bum Bum Ke Hospital Lagi, Punggung Membengkak

BRAZIL – Hanya beberapa minggu selepas pemenang kedua pertandingan Miss BumBum, Andressa Urach, 27, bercakap mengenai penderitaannya akibat pembedahan plastik, dia sekali lagi dikejarkan ke hospital selepas implan di punggungnya pula mengalami jangkitan.

Urach, sebelum ini dirawat selama sebulan di unit rawatan rapi selepas otot kakinya mereput hingga menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa dan kaki hampir dipotong.

Kali ini, Urach terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang implan di bahagian punggungnya itu selepas ia didapati membengkak.

Keadaan ini menjadikan Urach kini menyesal dan serik untuk melakukan pembedahan plastik lagi.

“Saya menderita dan ia adalah salah saya sendiri. Keseronokan hidup menyebabkan saya melangkaui batas.

“Syukur kepada Tuhan kerana dapat terus hidup dan tidak perlu memotong kaki,’’ katanya.

Tiga bulan lalu, Urach menjadi berita utama selepas menghabiskan masa selama sebulan di hospital akibat kesan pembedahan plastik, yang menyaksikan kakinya berlubang-lubang akibat otot mereput.

Dia yang pernah mengaku meniduri pemain bola sepak Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menjalani sekurang-kurangnya sembilan pembedahan kosmetik dalam masa lima tahun.


Ia termasuk pembedahan hidung, payudara, sedut lemak serta pembedahan di bahagian vagina.

Urach bagaimanapun mengalami kesakitan pada Julai tahun lepas setelah berasa tidak selesa apabila 400 milimeter cecair dimasukkan ke bahagian atas paha.

“Hidrogel itu tidak menyerap ke dalam badan saya dan ia mengakibatkan tisu-tisu otot mereput,’’ katanya.

Kesakitan itu berterusan hinggalah pada bulan November lalu, dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani dua prosedur menyedut semula hidrogel berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori