PAPAN selaju atau lebih dikenali dengan skateboard ialah peralatan sukan ekstrim yang memerlukan anda menolak dengan kaki untuk menggerakkannya.
Kami masih ingat lagi ketika di kejohanan Asia X-Games 2006,  ramai remaja dilihat mengusung skateboard mereka ke sana sini pada setiap minggu.
Ia bolehlah diklasifikasikan sebagai kenderaan paling asas yang boleh anda gunakan di ibu kota.
Namun, bagaimanakah sekiranya papan selaju ini diterapkan nilai ‘pintar’ kepada cara penggunaanya?
Dengan Monolith, papan selaju dapat dipintarkan dan bergerak dengan menggunakan kuasa elektrik.
Dua roda elektrik dengan motor terbina digunakan dengan pek bateri diletakkan pada tubuh papan selaju.
Kelajuan roda dan sistem brek dikawal dengan menggunakan aplikasi pintar yang disinkronasikan bersama Bluetooth.
Bagi menjimatkan kuasa bateri, tenaga elektrik boleh dijana semula dengan menggerakkan roda dan menggunakan tenaga haba dari sistem brek.
Terdapat juga sebuah slot USB pada bahagian bawah Monolith yang membolehkan anda mengecas peranti pintar anda menggunakan bateri papan lungsung.
Menurut pereka Monolith, papan selaju ini boleh memecut sehingga 39 kilometer sejam dan bergerak sejauh 16 kilometer sebelum perlu dicas semula.
Harga jualan papan selaju elektrik pintar ini mungkin pada  $1099 (RM 4043) dan projek ini sedang mengumpulkan dana melalui Kickstarter.
Satu invosi yang hebat kepada peminat sukan ekstrim!
Sumber: Kickstarter
-MYNEWHSUB.CC