Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak...

Luahan Hati Permaisuri Johor

KUALA LUMPUR – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meluahkan rasa...

Pesilat Remaja Maut Dalam...

SATU rakaman video yang memaparkan seorang pesilat remaja maut akibat digelek lori pikap...

SPR Yakin Polis Patuhi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin polis akan mematuhi nasihat Peguam...

Malaysia Perkukuh Kerjasama Tangani Pengganas, Militan

PETALING JAYA – Malaysia kini mengukuhkan lagi kerjasama dengan Filipina, Indonesia dan Brunei dalam menangani ancaman pengganas dan militan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerjasama keselamatan itu bukan sekadar dari segi menjaga keselamatan perairan malah melibatkan perkongsian maklumat risikan ketenteraan.

Kerjasama Malaysia dengan negara terbabit antaranya memfokuskan kawasan perairan di Sabah daripada dicerobohi mereka yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan dan pengganas, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Veteran Kor Risik Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata dalam menangani ancaman pengganas dan militan yang menggunakan media sosial dan internet, Malaysia pastinya tidak mampu menghadapinya secara bersendirian.

“Kerjasama di peringkat serantau dilihat lebih berkesan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin berkata kementeriannya, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan kelab veteran tentera juga akan meningkatkan kerjasama bagi menangani isu itu.


Beliau berkata anggota veteran tentera terutama daripada Kor Risikan mempunyai pengalaman dan kepakaran luas bagi membantu pihak kerajaan.

“Kami memerlukan kerjasama daripada anggota veteran bukan hanya dalam perkongsian ilmu, malah anggota veteran dapat memberi suntikan semangat kepada anggota baharu berdasarkan pengalaman mereka dalam menghadapi krisis sebelum ini seperti krisis di selatan Thailand dan selatan Filipina,” katanya.

Hishammuddin berkata kepakaran dan pengalaman yang terdapat pada anggota veteran dapat digunakan bagi membantu negara menghadapi ancaman di perairan di Selat Melaka, Lautan Sulu dan juga memantau proses damai di selatan Filipina dan selatan Thailand yang masih berlangsung hingga ke hari ini. – BERNAMA

https://youtu.be/nRMP4kvq98k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori