Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hadi Awang Dirakam Keterangan...

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu...

Kesilapan Terbesar Saya Adalah...

PENGASAS Alibaba Group, Jack Ma mendedahkan kesilapan terbesar di dalam hidupnya adalah sewaktu...

Anjing Gemuk Jadi Kurus...

Ohio – Seekor anjing yang gemuk kerana suka makan burger dan pizza, berjaya...

Kempen Kutip Puntung Rokok...

BEIJING - Kerajaan tempatan Shengzhou ada rancangan bijak untuk menggalakkan kira-kira setengah juta...

Muhyiddin Tiba Untuk Lawatan Empat Hari Ke Jepun

TOKYO – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan kerja empat hari ke Jepun untuk menghadiri Persidangan Dunia PBB Ketiga Mengenai Pengurangan Risiko Bencana.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman mendarat di Lapangan Terbang Haneda, di sini, kira-kira 11 malam (10 malam waktu Malaysia) dan mereka disambut oleh Duta Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, akan mengetaui delegasi Malaysia pada persidangan itu, yang bermula Sabtu, di Sendai, kira-kira 380km dari sini.

Beliau menghadiri dua hari persidangan itu atas jemputan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Persidangan lima hari itu bertujuan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman oleh lebih 20 negara peserta mengenai isu semasa berkenaan pengurusan risiko selain bagi menyediakan rangka kerja baharu.

Di luar persidangan hari pertama, Muhyiddin juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Turki, Numan Kurtulmus.

Pada Ahad, Muhyiddin akan menghadiri persidangan meja bulat (pembinaan semula selepas bencana) di Sendai, diikuti menerima kunjungan hormat Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Akihiro Ota.


Persidangan tersebut diadakan di wilayah Tohokun, yang turut menerima kesan daripada gempa bumi dan tsunami yang melanda dan membawa kepada krisis Fukushima.

Ia merupakan lokasi yang sesuai untuk meneruskan langkah ke arah kemajuan selepas ditimpa kemusnahan akibat tsunami pada Januari 2005 yang meragut 227,000 nyawa.

Selain menghadiri persidangan itu, Muhyiddin turut mempunyai beberapa acara lain di Tokyo iaitu pada Ahad malam, beliau akan mengadakan pertemuan dengan komuniti Malaysia di Jepun.

Pada Isnin ini, timbalan perdana menteri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Hakubun Shimomura.

Semasa kunjungan itu, satu majlis menandatangani memorandum kerjasama dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan Jepun, akan diadakan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • jepun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori