Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

“Ingatkan Polis Yang Datang,...

PUTRAJAYA – “Mulanya saya ingatkan polis yang datang, rupa-rupanya Agong,” kata Jasliza Jamil,...

Mahkamah Tolak Saman Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak saman bekas pengurus...

Nabila Huda Pilih Amerika...

Jika pasangan pengantin baru lain kebiasaannya memilih pergi ke lokasi-lokasi romantis seperti Maldives...

Wanita Cedera Parah Ditetak...

KULIM - Seorang wanita cedera parah ditetak tiga perompak bertopeng dan bersenjatakan parang...

Muzium Kapal Selam Di Melaka Terima 383,679 Pengunjung

MELAKA – Muzium Kapal Selam di bawah kendalian Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menerima 383,679 pengunjung sejak beroperasi pada 4 Mac 2012 hingga bulan lepas.

Pengurus Besar Perzim Datuk Khamis Abas berkata daripada jumlah pengunjung itu, pihaknya memperoleh pendapatan sebanyak RM417,940 hasil jualan tiket bagi melawat muzium tersebut.

“Dengan pelancong yang bertambah ke negeri ini, kita yakin muzium ini mampu menarik pelawat walaupun terletak agak jauh daripada kebanyakan muzium lain di bawah kendalian Perzim,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ulangtahun ketiga Muzium Kapal Selam di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini Ahad.

Beliau berkata muzium kapal selam itu akan dinaik taraf dengan pembinaan kemudahan asas seperti surau dan kiosk bagi keselesaan pengunjung dan peniaga melalui peruntukan RM2 juta yang akan disalurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi tempoh dua tahun akan datang.

Katanya dengan proses menaik taraf muzium tersebut, pihaknya yakin dapat menarik 100,000 pengunjung tahun ini.


Muzium Kapal Selam itu dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang dan bayaran tiket yang dikenakan kepada orang dewasa ialah RM3 seorang manakala kanak-kanak adalah percuma.

Mengulas mengenai perancangan jangka panjang, Khamis berkata Perzim telah memohon peruntukan sebanyak RM23 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi membina replika Kapal Sultan Melaka.

Beliau berkata replika kapal itu dicadang untuk dibina di kawasan seluas 3.6 hektar berhampiran Muzium Kapal Selam tersebut.

“Saya percaya dengan adanya replika ini, ia akan menjadi mercu tanda baharu di kawasan ini seterusnya menjadikan kawasan Klebang sebagai kompleks muzium maritim dan tapak pelancongan setanding dengan kawasan pelancongan lain,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori