Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

3 Termasuk Warga Singapura...

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori dan dua pe­ngarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah...

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog...

CINTA terhadap dunia tekstil membawa dua individu nekad membina empayar perniagaan sendiri. Meski...

Hutang RM15,000: ND Lala...

SUSULAN dakwaan pelakon Den Wahab yang mengatakan ND Lala belum menyelesaikan hutangnya sebanyak...

GST: LKIM Senarai Hitam...

JOHOR BAHARU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menyenarai hitam mana-mana peniaga...

Nabila Huda Kurangkan Ambil Job, Lebihkan Masa Urus Anak

PELAKON Nabila Huda mengakui tahun ini dia mahu memperlahankan seketika aktiviti seninya demi memberi masa untuk menguruskan anak tunggalnya, Keisha Laila yang kini sudah pun memasuki alam persekolahan.

Menurutnya, “saya bukanlah berehat sebaliknya akan lebih fokus kepada kehidupan daripada bekerja. So saya kerja tapi tak terlalu heavy. Saya bekerja tahun lepas, takde rehat langsung. Anak saya pun dah bersekolah sekarang,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem Munafik yang berlangsung di Restoran Haslam, Jalan Pahang, baru-baru ini.

Namun begitu, dia tidak dapat menolak tawaran filem seram Munafik yang bakal diarahkan Syamsul Yusof selepas melihat skrip naskhah itu yang disifatkannya berlainan daripada kerja-kerjanya sebelum ini.

“Skrip (Munafik) di luar pemikiran saya, memang betul-betul berbeza daripada apa yang pernah saya buat sebelum ini.

“Satu skrip yang agak berat jugak, tapi saya suka skrip yang mencabar kredibitili saya sebagai seorang pelakon,” katanya yang bakal tampil berhijab dalam filem seram kedua arahan Syamsul itu.

Sementara itu ketika diajak berbicara mengenai puterinya yang semakin keletah dari hari ke sehari, Nabila tidak menafikan anaknya itu mempunyai bakat seni memandangkan dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang seni tempatan.

“Memang tak dapat dielakkanlah apa yang mengalir dalam darah dia adalah darah seni, memang bakat itu ada kat situ, daripada atuk dia (Amy Search).


“Buat masa ini saya rasa dia terlalu kecil lagi untuk diperkenalkan di layar perak lagi dan dia pun masih malu lagi, kalau berlakon mungkin dia nak berlakon dengan saya je.

“Tapi buat masa sekarang saya fokuskan pada pembelajaran dan sekolah dia dulu, hantar dia ke kelas muzik, kelas menari. Saya nak cuba explore bakat dia,” katanya lagi.

Selain itu, Nabila juga mengakui dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat walaupun peminat mengetahui kini hatinya sudah dimiliki seseorang. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=uDdHasiGJ3c&feature=youtu.be

Oleh: JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori