Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Laut China Selatan...

SINGAPURA : Isu Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini,...

RZSWDC Buka Peluang Kepada...

JOHOR BAHRU - Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai muncul juara program...

Mahathir Dakwa Hasil Siasatan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan hasil dapatan Pasukan Penyiasatan...

Jawatan Menteri Pendidikan Itu...

PUTRAJAYA - ‘Itu hanya spekulasi’ kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengulas laporan...

Najib Adakan Perbincangan Dengan Presiden Myanmar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U Thein Sein mengadakan perbincangan empat mata di pusat pentadbiran kerajaan di sini, hari ini.

Kedua-dua pemimpin kemudian menghadiri mesyuarat delegasi bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala sedia ada antara Malaysia dan Myanmar.

Thein Sein, yang menjawat jawatan Presiden Myanmar pada 2011, tiba semalam bagi lawatan negara sulungnya selama dua hari ke negara ini, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pemimpin Myanmar yang diiringi isteri, Daw Khin Khin Win mengadap Tuanku Abdul Halim, malam tadi.

Myanmar merupakan rakan dagang ke-38 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara sebanyak RM3.18 bilion tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori