Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jururawat Rugi RM30,000 Ditipu...

KUANTAN - Seorang jururawat kerugian RM30,000 akibat ditipu empat lelaki dipercayai daripada sindiket...

Audi Mohon Maaf, Siar...

SYARIKAT kenderaan terkenal dari Jerman, Audi hari ini memohon maaf di atas ketidakprihatinan...

Roger Ng Mengaku Tidak...

NEW YORK – Bekas pegawai Goldman Sachs Inc, Roger Ng mengaku tidak bersalah...

“Maafkan Saya Polis, Saya...

PENDANG - “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan...

Najib Beri Penghormatan Kepada Mendiang Lee Kuan Yew

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada Lee Kuan Yew, perdana menteri pengasas Singapura yang meninggal dunia hari ini, dengan memuji kesungguhan pemimpin itu dalam membangunkan republik itu daripada sebuah negara baharu kepada sebuah bandar raya yang moden dan dinamik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata beliau sedih mendengar berita kematian Kuan Yew.

Kuan Yew, bapa kepada Perdana Menteri Singapura Hsien Loong, meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura di mana beliau dimasukkan ke hospital itu pada 5 Feb kerana radang paru-paru yang teruk. Beliau berusia 91 tahun.

“Ingatan dan doa saya bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga. Saya memberi penghormatan kepada kesungguhan Tuan Lee Kuan Yew dalam membangunkan Singapura daripada sebuah negara baharu kepada bandar raya yang moden dan dinamik kita lihat hari ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia komited kepada masa depan hubungannya dengan Singapura.


Beliau berkata Malaysia juga komited kepada keamanan, kestabilan dan berkongsi kemakmuran antara kedua buah negara dan dalam kalangan Asean secara keseluruhannya.

Dalam catatan Facebooknya, Najib menyifatkan pencapaian Kuan Yew sebagai hebat dan legasinya terjamin.

Perdana Menteri Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara mulai Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac) dan sebagai tanda penghormatan, bendera negara dikibarkan separuh tiang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori