Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin, Jemaah Menteri Letak...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri,...

Nafi Gambar Tular Warga...

LANGKAWI - Sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan kononnya gambar yang tular dalam media...

‘Ciri-Ciri GST Sudah Ada...

Kuala Lumpur : Biarpun tidak secara jelas menyebut cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

DAP Jangan Campur Urusan...

KOTA BHARU - PAS Kelantan mengingatkan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP, supaya menghentikan...

Najib Berlepas Pulang Selepas Lawatan Kerja 2 Hari Di China

BOAO (Hainan, China) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala Lumpur hari ini selepas mengadakan lawatan kerja dua hari ke Boao, Hainan di China.

Perdana Menteri dan delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan, Hainan dengan pesawat khas pada pukul 12.20 tengah hari ini.

Hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada perdana menteri ialah Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya dan Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Muzambli Markam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berada di sini untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015, yang menggunakan model Forum Ekonomi Dunia yang diadakan setiap tahun di Davos, Switzerland.


Forum itu beralamat tetap di Boao, bandar bersebelahan bandar raya tepi pantai Qionghai di Hainan, China.

Pada lawatan singkat di sini, Najib turt mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden China, Xi Jinping, bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Beijing dan Putrajaya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori