Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Berhenti Keluar Kenyataan Bodoh...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan...

Mayat Bayi Berulat Ditemui...

LANGKAWI - Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui dalam keadaan sudah berulat...

Rasuah: Najib, Perdana Menteri...

KUALA LUMPUR - Dua hari selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya menerusi Pilihan...

Tohmahan Terbaru Mahathir Ibarat...

KUALA LUMPUR - Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri! Itu ungkapan paling...

Najib Puji LIMA 2015 Sebagai Yang Terbaik Pernah Dianjurkan

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memuji edisi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA ’15) tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991, yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara.

Ketika merasmikan pembukaan LIMA ’15, beliau berkata bilangan penyertaan kali ini mengatasi jumlah 433 syarikat yang menyertai pameran itu, dua tahun lepas.

“LIMA 2015 menyaksikan banyak yang julung kali dan dengan kepelbagaian aspek dan dimensi pameran pada tahun ini, ia merupakan LIMA terbaik yang kita pernah anjurkan,” katanya pada majlis perasmian yang diadakan di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.

Najib berkata LIMA ’15 juga mencatat sejarah berikutan kehadiran semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lepas.

Perdana Menteri berkata LIMA telah melalui perjalanan yang panjang sejak julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menganjurkannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori