Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Vaksin COVID-19 Mesti Boleh...

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 apabila ditemukan, mesti boleh diakses oleh semua negara...

UMNO Bantu Rakyat Tanpa...

SANDAKAN - Pelaksanaan Program UMNO Bantu Rakyat memperlihatkan komitmen tinggi UMNO Pusat bersama...

Sebab Telefon Bimbit, Lelaki...

CHINA – Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang...

Polis Minta Bantuan Kesan...

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang...

Najib Ucap Takziah Kepada Lee Hsien Loong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong atas kematian bapanya, Perdana Menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew, awal hari ini.

Dalam akaun Facebooknya hari ini, Najib menyifatkan pencapaian Kuan Yew sebagai hebat dan legasinya terjamin.

Berikut teks penuh catatannya:

“Saya benar-benar sedih apabila mendengar mengenai kehilangan bapa anda. Ingatan dan doa saya bersama anda dan keluarga anda.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, takziah yang tidak terhingga kepada rakyat Singapura.

“Pencapaian Perdana Menteri pengasas Tuan Lee Kuan Yew adalah besar dan legasinya adalah terjamin.”


Kuan Yew meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura.

Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Feb kerana radang paru-paru yang teruk. Beliau berusia 91 tahun.

Perdana Menteri Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara mulai Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac).

Sebagai tanda penghormatan, bendera negara dikibarkan separuh tiang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori