DALAM sesetengah kes jenayah, mendidik itu lebih baik dari menghukum bukan?
Nampaknya, tindakan tersebut diambil oleh seorang individu setelah berjaya memberkas seorang pemuda yang sedang menceroboh kediaman milik jirannya.
[BACA INI: VIDEO: Pencuri ‘Lahanat’ Langkah Jemaah Ketika Sujud]
Menolak untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa, malah tidak mencederakan si pesalah, jiran tersebut mengambil langkah terbaik untuk memberi pengajaran.
Hukuman bagi kesalahan menceroboh kediaman, pemuda itu diarahkan untuk mencuci masjid!
Melalui perkongsian status di laman sosialnya, pemilik akaun Facebook menggunakan nama Bun Tat berkata, hukuman tersebut diputuskannya agar si pesalah mendapat keberkatan kerana mencuci rumah Allah.
“Hari ini dapat tangkap penceroboh rumah jiran, ramai suruh report polis, dan suruh belasah, tapi koi suruh cuci masjid je…
“Moga dia mendapat apa doa kita pada dia, andai ini satu kesilapan, dan mungkin boleh mendatangkan bencana kepada orang lain, ampunkan koi ya Allah.”
Nah, bukan memuji tindakan lelaki tersebut yang membuat keputusan sendiri, namun ia lebih baik daripada kecenderungan banyak pihak yang selalunya memilih untuk memukul tertuduh ‘setengah mati’ sebelum membuat laporan polis.
Siapa kita hendak menjatuhkan hukuman, kan? Tapi sebaik-baiknya, biarlah kes tersebut diselesaikan pihak berkuasa kerana dikhuatiri si pesalah mengambil tindakan merbahaya untuk melarikan diri.
Apa-apapun, tahniah kepada individu tersebut yang mempunyai niat mulia untuk memberi pengajaran kepada si penceroboh, semoga ia dijadikan iktibar buat masyarakat semua.
– MYNEWSHUB.CC
Aksi Licik Pencuri Di Kedai Telco
https://www.youtube.com/watch?v=9Yi0qGX_xEI