KUALA LUMPUR – “Tidur semalam di lokap adalah pengorbanan kecil,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut beliau, beliau akan ditahan di Lokap Jinjang di sini malam ini kerana pihak polis mahu mendapatkan perintah tahan reman ke atasnya esok.
“Saya ditahan dan disiasat dibawah S 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
“Tidur semalam di lokap adalah pengorbanan kecil,yang penting. sahabat di luar terus istiqamah!. Lawan!” katanya melalui Facebook beliau hari ini.
Nik Nazmi malam tadi memaklumkan beliau sekali dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Menurutnya, beliau dipanggil untuk memberi keterangan pukul 10 pagi ini.
Nik Nazmi semalam menyertai perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara bagi meraih simpati orang ramai ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.
- MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=4nM1a6Q9djU