PASANGAN selebriti Fizz Fairuz dan Almy Nadia akhirnya mendedahkan nama penuh cahaya mata sulung mereka iaitu Nur Afrina Arina.
Menurut Almy, nama yang dipilih itu bermaksud cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan.
Bagaimanapun, pasangan selebriti ini masih belum bersedia untuk berkongsi wajah baby girl mereka kepada umum  dan hanya akan mendedahkan Arina selepas berusia 40 hari.
Sementara itu, dilihat beberapa artis turut melawat si comel yang dikongsi oleh Almy dalam laman Instagramnya.
Nur Afrina Ariana dilahirkan pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak kira-kira jam 6.49 petang dengan berat 3.25 kilogram.
Sekadar imbasan, Fizz dan Almy bernikah pada 26 April tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC