Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

19,175 Pembeli Hartanah PKNS...

SHAH ALAM - Sebanyak 19,175 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum...

Alahai… Betul Ke Zizan,...

EH, macam tak percaya pula dengan penulisan seorang wartawan sebuah akhbar harian yang...

Arca Puteri Diana Akan...

KEDUA waris Puteri Diana, Putera William dan Putera Harry telah memutuskan untuk mendirikan...

Soalan Bertubi-Tubi, Najib Tumpu...

KUALA LUMPUR – Saksi ke-31, Penolong Pengurus Maybank KL, Halijah Abdul Wahab tenang...

Ganti Bapa, Nurul Izzah Baca Ucapan Ketua Pembangkang Esok

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengakui bersedia untuk membacakan ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat esok.

Ketika ditemui pemberita pada majlis pembukaan Parlimen Isnin, beliau berkata beliau tidak melihat sebarang masalah untuk dibenarkan mewakili bapanya.

“Saya tidak nampak sebarang masalah sebab sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution (bekas anggota Parlimen Machang) pernah mewakili ketua pembangkang (Anwar) untuk membacakan ucapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen selepas majlis perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13, di sini hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Cubaan Anwar untuk memohon kebenaran menghadiri sidang Dewan Rakyat ditolak Jabatan Penjara berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said ketika ditemui Bernama berkata keputusan sama ada Nurul Izzah akan dibenar mewakili bapanya terletak pada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Pandikar Amin telah bersetuju dengan perkara itu. Usaha untuk menemui dan menghubungi beliau bagi mendapatkan penjelasan tidak berjaya.

Semasa mengulas pemakaian serba hitam beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini sebagai tanda membantah keputusan Anwar tidak dibenarkan hadir pada persidangan Dewan Rakyat, Ismail berkata tindakan mereka tidak menyalahi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mengikut Peraturan 41 (1) (f) ahli-ahli lelaki hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan atau lounge suit dan semua ahli boleh juga memakai pakaian istiadat atau apa-apa pakaian lain sebagaimana dibenarkan oleh Tuan Yang Dipertua,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini sehingga 9 April.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori