Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Temui Kereta Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis menemui kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian...

Soalan ‘Mimpi Basah’ Wanita...

BIASANYA kaum lelaki yang baru memasuki fasa akil baligh sahaja akan mengalami 'mimpi...

Kerajaan N.Sembilan Mohon Satu...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan sedang meneliti untuk mewujudkan satu lagi Pusat Transformasi...

Israel Serah 3 Jenazah...

Ramallah : Tentera Israel pada Jumaat menyerahkan tiga jenazah rakyat Palestin yang dibunuh...

OCPD Kemaman Kritikal, Kemalangan Di LPT Malam Tadi

KUANTAN – Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam dilapor masih kritikal namun stabil selepas menjalani pembedahan pagi tadi setelah terlibat dalam kemalangan malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali, berkata Che Suza selamat menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini jam 5.40 pagi.

“Namun beliau kini masih tidak sedarkan diri di wad Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata isteri Che Suza, Mazlina Mokhtar turut stabil di wad kecemasan.


Pasangan suami isteri ini terbabit dalam nahas di KM 269.4, Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Cheneh dekat sini pada jam 8.45 malam ketika dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Kuantan.

Kenderaan mereka dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori