Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bersih: Agenda Yahudi Hancur...

Oleh Yuktes Vijay (bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim)SEBAGAI mukadimah, nama asal Bersih...

PAS Sudah Pilih BN,...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata PAS sudah membuat pilihan untuk...

Baling Baldi Kerana Azmin...

SHAH ALAM - UMNO Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri...

Anwar Ucap Tahniah Kepada...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas...

Amonia Bocor, Operasi Kilang Ramly Burger Terhenti Sejam

KUALA LUMPUR – Kilang Burger Ramly di Taman Batu Muda di sini terpaksa menghentikan operasi lebih kurang sejam pagi Ahad selepas berlaku kebocoran gas amonia.

Kejadian disedari seorang pekerja penyelenggaraan saluran gas berkenaan di tingkat dua kilang itu.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, A.

Vasudevan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja itu sendiri pada kira-kira 10.35 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian sejurus selepas itu, dan seterusnya melaksanakan kerja dekontaminasi selama kira-kira sejam.

“Kami juga mendapati badan pekerja itu mempunyai kesan kemerah-merahan dipercayai akibat tindak balas peluh dan gas amonia berkenaan,” katanya sambil memberitahu lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.


Vasudevan yang dihubungi Bernama berkata, terdapat 15 pekerja di tingkat bawah dan tiada pekerja di tingkat atas, tempat kebocoran gas berlaku.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai 15 anggota termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba Gombak Selatan dan Hang Tuah dihantar ke tempat kejadian.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori