Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Nyaris Buta Akibat...

ALAHAI... Gara-gara mahu kelihatan cantik, seorang remaja dari Victoria, England nyaris buta selepas...

Pusat Tahfiz Di Kedah...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mengadakan pemeriksaan...

Mayat Dikebumi Dengan Sut...

JAKARTA - Seorang lelaki yang aktif dalam sukan motosikal lasak dikebumikan dengan memakai...

Semangat Patriotik, Cinta Negara...

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi...

Operator Dipenjara 6 Bulan Kerana Menipu

KUALA LUMPUR – Akibat menipu seorang pekerja bahagian pentadbiran sebuah syarikat swasta mengenai kewujudan Skim Pinjaman Wang Peribadi 1Malaysia, seorang operator syarikat perkhidmatan kurier dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Saifulakmal Said memerintahkan S. Gunasegaran, 31, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap pada 17 Mac lepas.

Gunasegaran didakwa memperdaya S.Vadivelan, 31, hingga mendorong Vadivelan menyerahkan wang tunai RM200 di Jalan Scott, Pekan Brickfields, di sini pada pukul 7.45 malam, 17 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa menyerahkan wang tunai RM200, salinan kad pengenalan dan salinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk menguruskan pinjaman di bawah skim itu.


Tertuduh kemudian meminta mangsa pergi ke Maybank keesokan harinya bagaimanapun tertuduh didapati tidak muncul dan menghilangkan diri.

Ketika rayuan Gunasegaran yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia telah menyesal selain perlu menanggung isteri yang kurang upaya dan sedang mengandung enam bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana tindakan tertuduh mendatangkan kerugian kepada mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori